Gempar !!! Bangkai Buaya Disangkakan Mainan

Zhejiang: Bangkai buaya sepanjang 2.4 meter ditemui di tempat pembuangan sampah di daerah Zhejiang di China.

Menurut People’s Daily Online, seorang tukang sapu menemui bangkai haiwan berkenaan ketika melakukan kerja di kawasan itu, kelmarin.

Dia mulanya menyangka ia model mainan.

Pakar mengesahkan, reptilia itu buaya siam dari Thailand.

Lelaki terbabit yang dikenali sebagai He menemui bangkai reptilia itu kira-kira jam 6.30 pagi ketika mengangkat sampah. Katanya, dia ternampak bangkai itu di bahu jalan dengan ekornya terdedah.

sumber :Harian Metro

210total visits,2visits today