RAKAMAN TERSEBAR ! Sekali Lagi Tindakan Khairul Idham Ini Telah MENGEJUTKAN Seluruh Umat Islam!!

JUARA kali kedua perlumbaan motosikal Moto3 Grand Prix (GP) Jerman, Khairul Idham Pawi sekali lagi menerima pujian apabila menunjukkan imej seorang Muslim yang tetap menjaga sensitiviti agama ketika meraikan kejayaan di podium.

Khairul menerusi rakaman video berdurasi empat minit 14 saat dilihat segera mengelak simbahan arak dan meninggalkan podium walaupun kelihatan pesaing terdekatnya cuba mengejar dan menghalakan semburan air berkekalan.

Beliau yang mesra disapa KIP mengambil masa 47 minit. 07.763 saat bagi menamatkan perlumbaan dalam keadaan litar basah walaupun bermula di petak ke 20-perlumbaan.

Anak kelahiran Kampung Gajah, Perak itu turut menjuarai perlumbaan MotoGP Argentina April, di mana pada waktu itu, peminat-peminat di Malaysia memuji sikapnya yang menolak percikan arak di podium apabila pemenang tempat kedua dan ketiga menyemburkan arak ke arahnya.

Kemenangan beliau, yang digelar “raja litar basah” membolehkan Khairul berada di tempat ke 10 – kesulurahan selepas mengumpulkan 54 mata.

 

203total visits,2visits today