Neelofa : “Nak Berdoa Jodoh Terbaik”

# “Saya hanya ingin berkongsi dengan peminat rutin kehidupan saya, tiada niat langsung nak menunjuk-nunjuk atau bermegah,” kata pelakon dan pengacara popular Neelofa mengenai tindakannya memuat naik video yang memaparkan ruang dalam rumah barunya di Instagram, baru-baru ini.

Neelofa, 27, berkata, laman sosial seperti Instagram ialah tempat untuk dia berkongsi kehidupan peribadi, tetapi tetap menjaga batasannya.

“Itu memang video kediaman saya yang baru siap diubah suai sejak pertengahan tahun lalu. Apabila semuanya sudah lengkap, saya teruja berkongsi dengan peminat malah tidak sabar untuk berpindah ke sana.

“Kebetulan Instagram baru memperkenalkan Insta Stories. Ia membuatkan saya terfikir untuk merakam setiap sudut di dalam rumah. Jika tidak dikongsi di Instagram sekalipun, saya tetap akan kongsi mengenai rumah saya itu di laman YouTube Ilofayou. Bagi saya soal keselamatan tidak perlu dibimbangkan kerana rakaman video yang dibuat tidak menyatakan lokasi kediaman saya,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa yang akan berangkat ke Makkah bagi mengerjakan haji bersama ibu bapanya 5 September ini memasang niat memanjatkan doa di depan Kaabah supaya dipertemukan dengan jodoh yang baik.

91total visits,2visits today