Tahniah !!! Pandelela Rinong & Jun Hoong Cipta Sejarah Menang Pingat Perak

# Penerjun negara, Pandelela Rinong & Jun Hoong mencipta sejarah apabila menjadi atlet pertama meraih pingat Perak buat Malaysia di Olimpik Rio 2016, Brazil.

Ini juga merupakan pingat perak pertama untuk kem sukan terjun tanah air dalam sukan Olimpik setelah 4 tahun yang lalu Pandelela memenangi pingat gangsa.

Padelela Rinong dan Jun Hoong menewaskan pasangan dari Kanada dan juga Korea Utara yang memberi saingan sengit kepada wakil Malaysia ini. Namun terjunan terkakhir berjaya memukau juri dan seterusnya menerima markah yang banyak menjamin pingat perak dalam genggaman.

Sememangnya kejayaan memenangi pingat perak ini telah menceriakan jurulatih, para atlet, kem Malaysia  dan juga semua rakyat Malaysia.

Dengan sekelip mata nama Pendelela dan Jun Hoong menjadi trending di laman sosial sejurus kemenangan dicipta.

Sumber : astro awani

186total visits,1visits today