Cara Paling Mudah Untuk Menyimpan Bagi Mereka Bergaji RM1,800 Sebulan

#Bukan senang nak hidup di zaman sekarang. Semuanya naik harga dan perbelanjaan makin meningkat.

Kalau dulu RM50 tu boleh beli barang penuh satu troli. Sekarang ni penuh satu bakul sahaja. So, macam mana nak menyimpan?

Ini cara paling mudah untuk mereka yang bergaji bawah RM2000 untuk menyimpan. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

duit-2

  • Gaji bersih RM1800
  • Komitmen bulanan :
    – Motor RM280
    – Duit poket parents RM150
    – PTPTN RM100
    – Miscellaneous RM200
    – Takaful RM80
  • Jumlah bersih RM990

1. Permulaan bekerja anda disarankan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji. Banyak? Mula simpan sikit-sikit, ianya penting sebagai simpanan kecemasan, jika anda diberhentikan kerja atau berhenti kerja.

2. RM1800 X 6 bulan = RM10,800
RM10,800 / 24 bulan = RM450 ✖️
RM10,800 / 36 bulan = RM300 ✖️
RM10,800 / 48 bulan = RM225 ✔️

Anda kena simpan RM225 sebulan untuk capai 6 bulan gaji dalam tempoh 4 tahun. Anda rasa lama nak tunggu sampai 4 tahun ? Anda kurang kan jadi minimum simpanan 3 bulan gaji

RM1800 X 3 bulan = RM5,400
RM5400 / 24 bulan = RM225 ✔️

3. Pada tahun berikutnya, anda mula apply ASB financing RM30K untuk tempoh 30 tahun. Bulanan RM165 tanpa takaful. Anda kekalkan pelaburan ini selama tempoh 3 tahun tanpa ambil dividen dan batalkan pelaburan. Hasilnya baki prinsipal + dividen terkumpul = RM1350 + RM7,009 = RM8,359✔️

4. Dalam tahun yang sama apabila anda apply ASB Financing, anda juga mula simpan RM100 sebulan sebagai simpanan cash anda di ASB. Bermakna simpanan bulanan anda adalah RM265. Hasil simpanan selepas 3 tahun adalah RM4,017✔️.

5. Pada tahun kelima juga simpanan epf akaun 2 anda ada jumlah lebih kurang RM10,000✔️. Gunakan duit ini untuk beli Rumah pertama yang berharga kurang RM100K. Tak jumpa? Cuba cari. Mesti jumpa.

6. Hasil simpanan keseluruhan adalah:

– Simpanan kecemasan: RM5400
– Pembiayaan ASB financing: RM8,359
– Simpanan cash di ASB: RM4,017
– Epf akaun 2: RM10,000
– Jumlah: RM27,776✔️

7. Gunakan duit ini sebaiknya. Lebih baik lagi apabila bakal pasangan juga mempunyai simpanan yang lebih kurang sama. Anda berdua akan dapat jumlah cash RM54K. Seronok kan. Jangan guna untuk enjoy sakan. Simpan pula untuk masa depan.

8. Anda rasa susah juga nak follow tips ini. Anda di sarankan cari tambahan pendapatan. Kos sara hidup makin tinggi bukan untuk dirunguti tetapi mengatasi.

9. Anda tahan kehendak anda sementara untuk miliki rumah dan berkeluarga. Jika Bakal pasangan tak boleh tunggu 5 tahun. Anda adjust lah sampai cukup duit untuk kahwin dan miliki rumah pertama. Jangan banyak berfoya-foya sekali sekala pergi travel tidak mengapa. Reward lah diri anda yang penat bekerja.

10. Kita hanya mampu merancang selebihnya Tuhan yang tentukan. At least kita berusaha untuk bina masjid dengan si dia.

Kredit : Facebook Syafieqahalya 

 

921total visits,1visits today