Laporan, Minit Mesyuarat JKKK Secara Dalam Talian Ogos Depan

KUALA TERENGGANU 28 April – Penyediaan serta penyampaian laporan dan minit mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) akan dibuat secara dalam talian mulai Ogos depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu akan membolehkan urusan berkenaan dijalankan secara lebih tersusun dan pantas termasuk bagi tujuan pembayaran elaun minit mesyuarat.

“Ketika ini sistem yang dinamakan e-tadbir urus desa itu sedang dibangunkan dan dijangka dapat digunakan Ogos nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menutup Program Sijil Tadbir Urus Infra-UniKL Zon Timur dan melancarkan Tatacara Pengurusan JKKK/JKKKP Versi 2 di sini hari ini.

SUMBER – UTUSAN ONLINE

 

250total visits,1visits today