TERKINI!!! MARA Perluaskan Potensi Pendidikan Teknikal ke Peringkat Antarabangsa

REMBAU, 24 Mei: Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperluaskan lagi potensi pendidikan teknikal dalam satu usahasama bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program latihan teknikal dan keusahawanan, dalam bidang jahitan diadakan untuk peserta terpilih dari kalangan belia Muslim Kemboja.

IMG_1592

Kesemua peserta menerima kursus jahitan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Rembau kerana kepakaran institusi tersebut yang menawarkan program diploma seni iaitu reka bentuk fesyen khususnya.

Dalam Majlis Penyampaian Sijil Program Latihan Teknikal dan Keusahawan Masyarakat Islam Kemboja tersebut, seramai 8 orang peserta menerima sijil setelah menjalani latihan selama 8 minggu.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengulas, dengan adanya modul pendidikan seperti ini, ia bukan sahaja membantu peserta meningkatkan potensi dalam kerja teknikal, malah mereka juga diajar untuk menggunakan kemahiran sebagai penyediaan usahawan terutamanya dalam bidang reka fesyen dan jahitan bagi memenuhi kehendak industri dan keperluan ekonomi.

Yang turut hadir adalah Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dan Pengarah KKTM Rembau, Rizal Effendi Razali.

 

92total visits,5visits today