TERKINI!!! Kunjungan Hormat Oleh Asian Institute of Management (AIM) Manila, Filipina Ke Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 8 Mei: Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menerima kunjungan kehormat daripada Presiden dan Dekan Asian Institute of Management Manila, Dr. Jikyeong Kang yang telah diiringi oleh Presiden Asian Institute of Management Club Malaysia, Dato Mohd Ariffin Che Mat Din.

Sesi pertemuan yang telah dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia MARA ini telah disertai oleh Ketua Pengarah MARA, En Azhar Bin Abdul Manaf dan pengurusan tertinggi MARA.

Antara perkara yang telah dibincangkan semasa pertemuan ini adalah satu kerjasama untuk warga MARA mengikuti program pendidikan eksekutif dan kursus-kursus pasca siswazah yang disediakan oleh pihak AIM.

Ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Harvard Business School, AIM adalah sebuah badan yang melatih individu, syarikat persendirian, kerajaan dan pemimpin masyarakat berkenaan pengurusan dan membuka peluang bagi mana-mana organisasi untuk memahami amalan proses pengurusan dan integrasi pengurusan bagi rantau Asia terutamanya Asia Tenggara.

Sehingga kini AIM mempunyai lebih 41,000 graduan dan persijilan yang diiktiraf oleh 70 buah negara di serata dunia.

281total visits,4visits today