RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

RESEPI ASAM PEDAS MELAKA ASLI

Bahan – bahannya:

4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)

3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 cm halia
1 mangkuk cili kering kisar – boleh letak lebih
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam
(bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada hitam blend skali)

3 batang serai – dititik

1 sudu teh halba
Daun kesum + bungan kantan
Bendi / terung
Air asam jawa secukupnya
Garam + gula
Minyak utk menumis

Caranya :
– Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sikit.
– Masukkan bahan-bahan blend tadi dan serai dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
– Dah garing, masukkan gula.. agak – agak ye jangan manis sangat.
– Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
– Masukkan ikan, dan masukkan air asam jawa.
– Masukkan bendi or terung.
– Perasakan dengan garam dan biar dia mendidih.
– Tutup api.
Senangkan…. cubalah….

2452total visits,5visits today