TERKINI!! MARA Memperluaskan Semangat Negaraku Melalui Perkhidmatan MARA Liner Sdn Bhd

PUTRAJAYA, 14 Jun – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyahut seruan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak dalam penyokongan inisiatif Negaraku dalam satu majlis pelancaran yang telah diadakan di Bangunan Perdana Putra, tengahari tadi.

bjop-01-01

Bersempena dengan initiatif Negaraku, pelancaran ini menyaksikan penerapan semangat Negaraku diperluaskan kepada kesemua kakitangan dan pengguna perkhidmatan MARA Liner Sdn Bhd melalui 51 buah bas ekspres, 237 bas luar bandar, disamping 1,700 buah kenderaan rasmi dan 533 buah pusat pentadbiran MARA dalam dan luar negara.

Turut hadir dalam majlis pelancaran adalah Menteri Komunikasi & Multimedia, YB dato’ Seri Salleh Said Keruak, Menteri Kemajuan Luar bandar & Wilayah (KKLW), YB Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Sementara MARA, YB Datuk Dr. Haji Yusof Yacob serta para pelajar dari institusi pendidikan MARA.

cf-01-01

 

 

109total visits,5visits today