TERKINI!! MARA Raikan Lebih 80 Anak Yatim Dan Anak Istimewa

Kuala Lumpur, 13 Jun- Majlis Amanah Rakyat (MARA) meraikan lebih 80 orang anak yatim yang terdiri daripada anak-anak dari Rumah Al-Faeez, Gombak dan juga anak yatim dari kalangan waris kakitangan MARA dalam sambutan Majlis Semarak Ramadhan MARA 2017 yang telah diadakan di Hotel Premiera.

Seisi bacaan ayat suci Al-Quran sebelum majlis berbuka puasa

Seisi bacaan ayat suci Al-Quran sebelum majlis berbuka puasa.

YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) hadir untuk memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim. Turut hadir adalah warga pengurusan MARA dan anak-anak syarikat.

Majlis telah disempurnakan lagi dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan juga solat isyak dan tarawikh berjemaah.

 

191total visits,1visits today

,