Penyanyi Lagu PPAP Kini di Malaysia, Teruja Tengok KLCC

%#Penyanyi lagu pendek popular Pen Pinapple Apple Pen (PPAP), Pikotaro, kini berada di Malaysia dan semalam dia menggembirakan orang ramai dengan lagu PPAP di Japan Expo Malaysia di Pavilion.

Bagaimanapun, selepas konsert, Pikotaro sempat bergambar dengan menara kebanggaan rakyat Malaysia, KLCC.

Dan selepas konsert, saya nampak Menara Berkembar itu di Malaysia!,” tulis Pikotaro.

2

Selain itu, Pikotaro turut menyatakan keterujaannya berada di Malaysia apabila turut me-retweet tweet dari peminatnya dari Malaysia.

Seorang peminat memuat naik video Pikotaro yang dipaparkan di 8TV Malaysia dan Pikotaro membalas tweet itu dengan berkata: “Sangat gembira!“.

Malah, beliau turut memuji video amatur yang diambil oleh seorang peminatnya dari sudut atas dengan berkata: “Sudut yang bagus“.

177total visits,1visits today