Kubur Penyanyi Terkenal Michael Jackson Kosong, Ibu Bimbang Mayat Anaknya Dicuri

Pasti anda mengenali insan yang bernama Michael Jackson iaitu lagenda raja pop dunia. Beliau disemadikan pada 7 Julai 2009 selepas ditemui tidak sedarkan diri yang kemudiannya sakit jantung disahkan sebagai punca kematian.

Namun baru-baru ini terjadi peristiwa yang menggemparkan berkaitannya apabila kubur beliau yang terletak di tanah perkuburan Foresy Lawn, Los Angeles dilaporkan kosong.

Namun, berdasarkan laporan Aceshowbiz, dikhabarkan keluarga penyanyi tersebut memang sengaja menyembunyikan dimanakah sebenarnya tempat terakhir jasad Michael Jackson disemadikan.

Ibu kepada pelantun lagu popular ‘Beat It’ itu, Katherine telah mendedahkan bahawa jasad Michael Jackson memang tiada di dalam peti mayat ketika dikebumikan pada tahun 2009.

“Semua orang sangka Michael Jackson dikebumi di Forest Lawn, tapi sebenarnya tidak,”kata sumber yang tidak didedahkan.

Keluarga Michael Jackson bersepakat untuk merahsiakannya di atas permintaan Michael Jackson sendiri selain faktor keselamatan juga diberi keutamaan.

“Tapi Katherine sudah mendedahkan rahsia ini kepada beberapa teman rapatnya.”

“Keluarga bertengkar selama berbulan-bulan kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan,”kata sumber tersebut.

Khaterine sendiri sendiri risau mayat Michael Jackson mungkin dicuri jika lokasi sebenar didedahkan.

“Katherine sangat paranoid dan ketakutan kalau ada orang akan mencuri mayat Michael,”katanya lagi.

Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa abu mayat Michael Jackson ditanam di bawah sepohon pokok yang dikenali sebagai “Giving Tree” di California. Pokok tersebut adalah pokok pear.

Namun, pihak keluarga Michael Jackson tidak pernah mengesahkan atau menafikan khabar angin mengenai lokasi yang dinyatakan tersebut.

Namun sehingga kini, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak keluarga Michael Jackson mengenai berita ini.

679total visits,5visits today