Suami Isteri Maut Dipercayai Selepas Terkena Lantunan Tayar Lori Tercabut

image

%#Kuala Pilah, 10 Ogos – Sepasang suami isteri meninggal dunia dipercayai terkena hentaman dua buah tayar lori yang tercabut ketika mereka menaiki sebuah skuter jenis Yamaha Ego di KM 10 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir dalam kejadian hari ini.

Mangsa yang masing-masing berusia 42 dan 44 tahun dalam perjalanan pulang dari Klinik Kesihatan Juasseh yang berjarak kira-kira dua kilomter dari rumah mereka ketika kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.50 pagi itu.

Utusan Online melaporkan, seorang saksi yang enggan dikenali mendakwa dia terlihat sebuah lori yang sarat dengan muatan pasir sedang bergerak dari arah Batu Kikir ke Kuala Pilah di jalan tersebut sebelum kemalangan itu berlaku.

Tiba-tiba dua buah tayar sebelah kanan lori itu tercabut dan melantun ke arah mangsa yang menaiki motosikal di jalan bertentangan. Akibatnya, kedua-dua mangsa tercampak ke pagar duri sebuah ladang di tepi jalan berkenaan,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintendan Syahrul Anuar Abd Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut, namun siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pemandu lori berkenaan dibebaskan selepas keterangannya diambil oleh pihak polis.

59total visits,1visits today