Bila Hutang Pinjaman Pelajaran MARA Hanya Berbaki…

Haa, kali ni saja nak berkongsi cerita…mungkin boleh bagi motivasi sikit pada sesiapa yang sangat liat nak membayar apa-apa hutang ni…hehe…Bila Hutang Pinjaman Pelajaran MARA Hanya Berbaki RM272.80 selepas hampir 3 tahun aku disiplinkan diri untuk membayarnya sejak bulan Ogos 2012 yang pada mulanya hutang berjumlah melebihi RM41k…dan setelah tolak pengurangan berdasarkan CGPA keseluruhan masa study dulu…aku hanya perlu bayar 10% daripada jumlah keseluruhan pinjaman melebihi RM41k tu…kalaulah CGPA aku tinggi sikit lagi…confirm tak payah bayar langsung…jadi biasiswa…hehe…kalaulah kena bayar penuh…huh, entah sampai ke tua pun rasanya belum selesai hutang ni…sekarang ni hutang pun sudah tinggal sikit…hanya tunggu masa nak langsaikan sekaligus nanti…mungkin sebelum raya ataupun selepas raya nanti kot…huhu

Tetapkan TARGET dan Jangan Ikut Nafsu

Haa, selepas jadual pembayaran hutang MARA ni sampai ke rumah beberapa bulan selepas aku tamat belajar dulu…memang aku sudah tetapkan target sejak daripada awal lagi akan cuba untuk melangsaikan semua hutang dalam tempoh 3 tahun…sebelum berhajat nak ada komitmen lain…aku kena pastikan hutang pinjaman pelajaran ni sudah selesai sebelum tu…haa, nanti tak ada la sampai sudah beranak-pinak pun tapi hutang pinjaman pelajaran ni masih belum langsai lagi…haa, masa tu lagilah liat rasanya nak membayar hutang…1001 alasan akan cuba diberi…duit tak cukup la…apa la…itu la…haa, sementara masih bujang ni…memang bertekad nak langsaikan hutang dulu…hati pun lega tak perlu fikir hutang kalau ianya sudah selesai…kalau kena blacklist lagilah bermasalah nanti sebab banyak bayaran yang tertunggak…cuba bayar ikut jadual…jangan missed…mesti tak terasa sangat masa membayar hutang tu…huhu

“Kalau daripada mula lagi memang berniat nak membayar hutang…
Insya-Allah dipermudahkan…tapi kalau sejak daripada mula lagi memang
berniat tak nak membayar…memang akan bagi beribu macam alasan”

Kalau ikutkan nafsu…masa awal-awal kerja dulu sekitar pertengahan tahun 2012…memang nak saja beli baju ada jenama, seluar Calvin Klein, kasut mahal…nak beli kereta…tapi aku tahankan nafsu tu…relaks je pergi kerja ulang-alik hanya naik motor…duit minyak confirm jimat…tak rasa sangat la bila minyak naik harga…tol pun tak kena…bila ada duit lebih…bolehlah terbayar hutang MARA lebih…cepat sikit habis hutang tu…pernah sekali sampaikan mak aku pun tegur…”Beli la baju baru along…sudah lusuh sangat tu, warna pun luntur sebab selalu sangat pakai” haa, lepas tu baru la aku beli baru…HAHA…tahun pertama aku kerja tu…boleh kira berapa helai saja baju kemeja aku…peduli apa orang nak kata aku pakai baju sama setiap minggu dulu…HAHA…biar papa, asalkan tiada hutang…

Tips Nak Bayar Hutang MARA

Pastikan bayar ikut jadual yang ditetapkan…kena disiplin…kalau tak, diri sendiri juga yang merana nanti sebab banyak sangat tunggakan yang nak dibayar…kalau liat nak bayar, nama penjamin pula tersenarai hitam…masa tu lagi terasa macam banyak hutang tu sebab nak bersihkan nama daripada senarai hitam…

Haa, jangan sesekali jadikan alasan tiada masa nak bayar…tiada duit nak bayar…masa aku awal-awal kerja dulu pun bukannya gaji besar sangat pun…masih fresh graduate lagi…boleh saja bayar hutang MARA…sebab masih tidak terikat dengan banyak komitmen…hehe…kenalah biasakan diri tu supaya bayar hutang walaupun cuma sedikit…ada duit lebih, bolehlah bayar lebih…pernah ada satu kali tu, dapatlah bonus sikit…haa, kalau orang lain…mungkin terfikir nak beli macam-macam kan bila dapat bonus ni…rambang mata nak shopping sakan…tapi aku, selesaikan mana yang patut dulu…bayar HUTANG MARA…haa, nama pun hutang…memang menjadi kewajipan kita untuk selesaikan…haa, kalau tak sempat nak selesaikan hutang semasa hidup…macam mana ? Menjawab la nanti kat sana…dan pasti akan menyusahkan penjamin korang nanti untuk selesaikan hutang yang belum selesai…haa, fikir-fikirkanlah ye…huhu

NOTA SKYTECH :

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih…peace ! Terima kasih MARA kerana telah beri pinjaman masa study dulu sampai la habis study…sekarang ni masa untuk bayar balik…ala, sudah tinggal sikit je pun…lepas ni jangan kejar aku lagi ye ! Kalau nak pergi luar negara pun tiada siapa nak kacau…hehe

P.S – Haa, mungkin selepas langsai segala hutang MARA ni…baru la terfikir nak tambah komitmen lain pula…untuk jadikan back up plan untuk masa hadapan…

Sumber : http://www.ezadskytech.com/2015/07/bila-hutang-pinjaman-pelajaran-mara-hanya-berbaki.html

347total visits,1visits today