Team Berbasikal Paralimpik Negara Dilanggar Lari Semasa Jalani Latihan

Sejak sejam lalu menjadi perbualan hangat di mana di laporkan team atlet berbasikal Paralimpik negara yang sedang menjalani latihan untuk menghadapi Sukan PARA Asean 17 hingga 23 September 2017 ini telah mengalami kecelakaan selepas dilanggar lari.

Menurut seorang lelaki bernama Syed Mubarak Ali , kejadian berlaku di atas lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor Expressway (LATAR) berhampiran Ijok ketika atlet-atlet yang sedang menjalani latihan di mana mereka telah dilanggar oleh sebuah kereta pick up jenis Toyota Hilux.

Menurut beliau kes langgar lari itu telah sampai kepada pihak polis, semoga atlet-atlet kita ini cepat sembuh dan pesalah dihukum dengan hukuman yang setimpal.

Posted by Syed Mubarak Ali on 6hb September 2017

 

326total visits,1visits today