10 FAKTA YANG RAMAI TIDAK TAHU TENTANG MARA DIGITAL MALL ..Pusat Gajet Harga Berpatutan…

 

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka Digital Mall yang pertamanya untuk semua Bumiputera pada bulan Disember 2015 tahun lalu malah terkenal dengan panggilan Low Yat 2 yang dioperasikan sepenuhnya oleh usahawan bumiputera.

Hari ini kami berkongsi dengan anda semua Fakta  yang ramai tidak tahu tentang Mara Digital Mall.

MARA DIGITAL MALL ditubuhkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, ‎Datuk Seri Ismail Sabri  Yaakob di mana merupakan satu alternatif kepada pengguna untuk mendapat perkhidmatan ICT yang terbaik dan juga mewujudkan hub perniagaan Bumiputera.

Perbezaan paling utama yang boleh diperolehi oleh pengguna adalah pengguna tidak perlu ragu ragu dengan kesahihan gajet yang dibeli kerana produk produk yang ditawarkan adalah tulen.

Stok barangan telekomukasi di Mara Digital Mall diperolehi secara terus dengan Pembekal WGN SCAN. Ini membolehkan pelanggan dan peniaga yang membeli produk yang diambil atau diimport dari luar mendapat pengesahan ketulenan tanpa ragu ragu.

Barangan IT yang dijual di Mara Digital Mall adalah berdasarkan harga yang sangat kompetitif dan tidak jauh bezanya dengan Low Yat.

‘Kedai Ustaz’ iaitu kedai yang mendapat perhatian ramai kerana barangannya yang berpatutan juga beroperasi di Mara Digital Mall dan menerima kunjungan yang tidak putus putus sejak hari pertama dibuka.

MDM ( MARA DIGITAL MALL) menempatkan 38 usahawan Bumiputera dalam bidang IT dan sewa percuma diberikan selama 6 bulan.

12 bulan MARA DIGITAL beroperasi, Rm18.7 juta jualan berjaya dicatatkan.

Penubuhan MDM adalah untuk membantu golongan bumiputera untuk mengejar peluang perniagaan dalam bidang teknologi supaya selari dengan arus perubahan dan tidak tertinggal kebelakang.

Mara Digital Mall dimeriahkan dengan pengisian karnival ICT yang menawarkan informasi dan juga promosi menarik dengan harga berpatutan.

Mara Digital terletak di Aras 3, Bangunan Mara Atrium Busana Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman bersebelahan dengan SOGO.

Kewujudan Mara Digital Mall ini dilihat memberi impak kepada pengguna yang sangat mementingkan produk yang tulen dan takut ditipu oleh penjual. Malah, dengan peluang yang diberikan untuk bumiputera sahaja mampu menjana taraf ekonomi bumiputera yang mempunyai kuasa membeli terbesar di negara kita.

 

580total visits,3visits today