6 Fakta Menarik Tentang MARA Digital Ipoh, Perak

1. Di MARA Digital Ipoh, sesiapa yang berbelanja RM150 akan dapat Power Bank yang bernilai RM49. Memang menguntungkan jika berbelanja cuma RM150. Barang di MARA digital sudahlah murah dan kompetitif. Memang banyak barang boleh beli dengan RM150 terutama sesiapa yang suka aksesori handphone. Belanja RM150 dapat power bank percuma. Memang untung. Promosi ini tidak tahu sampai bila, jadi kenalah cepat-cepat datang ke MARA Digital Ipoh.

2. Aktiviti hobi menarik setiap minggu diadakan seperti perlumbaan Hot Wheels. Bagi kaki hobi Hot Wheels, di sini mereka beradu tenaga berlumba dan mempamerkan koleksi kereta yang sangat rare. Memang susah nak cari kereta-kereta Hot Wheels yang rare dan harganya memang agak mahal untuk dapatkannya. Bagi peminat hobi ini, wang ringgit bukanlah ukuran tetapi minat dan kepuasan pada sesuatu kereta yang rare sangat bernilai pada diri seorang pengumpul tegar kereta Hot Wheels.Kalau nak tengok kereta rare boleh sahaja datang ke MARA Digital Ipoh setiap hari Sabtu. Boleh tengok FB aktiviti ini di sini : https://www.facebook.com/dmaraipohhobby/

3. Terdapat menu makanan yang sedap di MARA Digital Ipoh antaranya Mee Kari popular iaitu Mee Kari Daud Mat Jasak. Restoran ini antara 6 tempat makan menarik di Ipoh. Sambil membeli belah di MARA Digital bolehlah pekena Mee Kari Daud Mat Jasak.

4. Buat kaki swafoto, mesti wajib datang ke MARA Digital Ipoh sebab ada mural yang boleh berswafoto sampai lebam. Lokasi mural ini terletak berhampiran MARA Digital. Memang sangat cantik dan unik. Mural-mural ini dihasilkan oleh pelajar-pelajar Institusi Pendidikan MARA. Rugi tak swafoto di sini.

5. Servis repair handphone paling pantas di MARA Digital. Bayangkan tidak sampai 30 minit, handphone anda akan di depan mata anda sendiri. Jadi, anda mesti rasa tidak tertipu sebab tukang repair buat depan anda.

6. MARA Digital Ipoh dibangunkan di Bazar MARA Medan Jaya yang merupakan premis perniagaan setingkat dengan 17 lot perniagaan. Daripada 17 lot berkenaan, 5 merupakan lot medan selera dan baki 12 lot merupakan lot perniagaan komersial.

Kewujudan MARA Digital Ipoh yang pertama di Perak ini dilihat dapat memberi kesan positif kepada pengguna yang mementingkan kualiti, ketulenan dan takut ditipu oleh peniaga. Malah, pengguna mempunyai pelbagai pilihan dalam membeli sesuatu gajet.

Lokasi MARA Digital Ipoh : goo.gl/dgRKyX
Info lanjut di FB MARA Digital Ipoh : https://www.facebook.com/MaraDigitalIpoh/
#maradigitalgerentitulen

328total visits,12visits today

,