7 Info Menarik MARA Digital Kuantan Yang Ramai Tidak Tahu

1. Di MARA Digital Kuantan, sesiapa yang membeli mana-mana telefon pintar walaupun dengan harga serendah RM 300, anda sudah layak menyertai cabutan bertuah untuk memenangi Iphone 7. Promosi ini tidak tahu sampai bila, jadi rajin-rajinlah datang MARA Digital Kuantan untuk dapatkan maklumat lanjut.

2.Kalau di MARA Digital Kuala Lumpur ada kedai gajet Ustaz yang menjual pelbagai aksesori telefon dengan harga yang murah, di MARA Digital Kuantan ada KVK Gadget yang sememangnya terkenal dengan jualan pelbagai aksesori telefon dan komputer yang juga menawarkan harga yang murah.

3.Di MARA Digital Kuantan juga menawarkan perkhidmatan membaiki telefon pintar face to face dalam masa 30 minit. Sesiapa yang hadapi masalah telefon rosak, anda boleh terus datang di sini membuat perbandingan harga dan pilih yang mana anda suka untuk perbaiki telefon anda.

4. MARA Digital Kuantan merupakan lubuk telefon dan aksesori kerana segala jenis telefon baru yang dikeluarkan akan ada di sini. Begitu juga aksesori, sebagai contoh jika Iphone 8 sudah ada di pasaran, aksesori Iphone 8 seperti casing dan sebagainya pun sudah ada di sini dan banyak pilihan dengan harga yang murah.

5. Jika sudah membeli telefon pintar yang baru di MARA Digital Kuantan bolehlah anda berswafoto sekitar kawasan ini. Antara tempat menarik berswafoto adalah di Masjid Sultan Ahmad Shah, Taman Kerang dan Muzium Pahang. Lokasi MARA Digital Kuantan memang strategik dengan kawasan kunjungan pelancong. Bila berswafoto, bateri telefon pintar anda habis jadi bolehlah cari powerbank di MARA Digital Kuantan. Dekat bukan, jadi tiada masalah hendak cari kedai aksesori telefon.

6. Medan Selera sekitar MARA Digital Kuantan pun menjadi tumpuan orang ramai walaupun hari bercuti. Menu masakan tengah hari menjadi kegemaran di sini. Mee Chalong dan Soto Zul juga antara kegemaran makanan di sini. Sambil-sambil pergi makan di medan selera bolehlah singgah MARA Digital Kuantan cari aksesori telefon.

7. MARA Digital Kuantan dibangunkan di kawasan Kompleks Kerajaan yang merupakan premis perniagaan 4 tingkat dengan 53 lot perniagaan. Daripada 53 lot berkenaan, 2 merupakan lot medan selera, 41 lot merupakan lot perniagaan komersial dan selebihnya 10 lot adalah pejabat MARA.

Kewujudan MARA Digital Kuantan yang pertama di Pahang mampu memberi impak positif kepada para pengguna yang mementingkan kualiti, ketulenan dan takut ditipu oleh peniaga yang tidak diiktiraf. Malah, pengguna mempunyai pelbagai pilihan dalam membeli sesuatu gajet dan aksesori.

Lokasi MARA Digital Kuantan : https://goo.gl/2vErWx
Info lanjut di FB MARA Digital Kuantan : https://www.facebook.com/MaraDigitalKuantan
#lubuktelfondanaksesori #maradigitalgerentitulen

1753total visits,1visits today