Jalan Pintas Rawang-Serendah Sepanjang 9 Kilometer (km) Kini Dibuka

Rawang: Jalan Pintas Rawang-Serendah sepanjang sembilan kilometer (km) yang akan dibuka hari ini kepada pengguna dan dijangka mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar bandar ini terutama pada waktu puncak.

Pembukaan Jalan Pintas Rawang yang akan memendekkan perjalanan ke Kuala Lumpur pada waktu puncak dari dua jam kepada 30 minit itu juga bakal memberikan akses yang lebih baik kepada lebih 30,000 pengguna kenderaan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Jalan Pintas Rawang ini akan memberi manfaat secara tidak langsung kepada penduduk di sekitar, selain memberi kesan positif kepada penjimatan masa bagi setiap kenderaan yang melalui jalan ini.

 

“Jalan ini unik kerana mempunyai struktur jambatan tertinggi di Malaysia iaitu 58.2 meter daripada aras tanah selain dilaksanakan secara berperingkat dan membabitkan jajaran baru dua lorong dua hala Jalan Persekutuan FT001 sepanjang 12.5 km.

“Ia juga adalah mercu tanda unik dalam sejarah pembinaan jalan raya di Malaysia kerana pengguna bagaikan ‘membelah awan’ apabila memandu pada jalan ini terutama di waktu pagi dan selepas hujan, selain menawarkan panorama indah bandar Rawang,” katanya selepas merasmikan Jalan Pintas Rawang di sini, semalam.

Sumber : Harian Metro

 

82total visits,1visits today