Xiaomi Melepasi Sasaran Tahun 2017 – Telah Mengeluarkan Lebih 70 Juta Telefon Pintar

Xiaomi kini mengumumkan yang mana mereka telah mencapai sasaran yang ditetapkan untuk 2017 ini, iaitu mengeluarkan sekitar 70 juta telefon pintar. Sasaran ini berjaya dicapai oleh Xiaomi dalam tempoh hanya 10 bulan pertama 2017 ini.

Pada tahun ini sahaja, Xiaomi telah hadir dengan sejumlah telefon pintar baru, termasuk beberapa siri yang memfokuskan dan mula diperkenalkan di India – seperti Redmi Y dan juga Mi A1.

Disamping itu, Xiaomi turut telah mula membuka kedai rasmi mereka di pelbagai lokasi seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Langkah ini dibuat dalam usaha untuk mencapai lebih ramai pengguna – disamping memberikan pengalaman awal sebelum pengguna membeli produk mereka.

Bergerak kehadapan, kini untuk tahun 2018 kelak, Xiaomi menyasarkan untuk mengeluarkan sekitar 100 juta telefon pintar.

 

sumber: Amanz Network

175total visits,1visits today