Musang King Dijual RM30 Sekilo Di Sentul

Tidak semua orang mampu untuk membeli durian jenis Musang King kerana harganya yang agak mahal berbanding durian biasa.

Oleh itu, seorang penjual durian di Taman Dato’ Senu, Sentul menjual durian jenis itu serendah RM30 sekilogram di gerainya.

Pemilik gerai durian, Zaidi Sudin, 56 tahun, berkata dia menjual pelbagai jenis durian dengan harga yang murah seperti Musang King dijual RM30 hingga RM35 sekilogram, D101 dan D24 pula berharga RM20 sekilogram, D2 RM25 sekilogram, XO RM30 sekilogram dan Tekar RM35 sekilogram.

Menurutnya, dia mampu menjual durian dengan harga sebegitu kerana dia mudah mendapat bekalan daripada pembekal durian di Raub, Pahang.

Walaupun Zaidi menjual Musang King dengan harga murah, tetapi permintaan durian masih lagi berkurangan.

Dia juga memahami ramai peminat durian takut untuk membeli durian kerana mahal dan kerana itu dia menjualnya dengan harga murah.

“Namun itupun kurang mendapat sambutan apabila saya hanya dapat jual sehari cuma empat hingga lima bakul saja (sebakul 40 hingga 50 kilogram bergantung kepada saiz durian) berbanding tiga tahun lalu boleh mencecah jualan 20 hingga 30 bakul sehari,” jelasnya.

Mungkin peminat durian kini lebih berhati-hati dalam membeli durian kerana harga dan tak semua suka beli durian dengan banyak serta ada yang suka makan makanan berasaskan durian seperti pulut durian, serawa durian serta cendol durian di kedai makan.

Sumber : Vitdaily

904total visits,3visits today