TIAP KALI NAIK TANGGA, LUTUT RASA SAKIT, CUBA RESEPI AIR REBUSAN INI UNTUK KURANGKAN SAKIT SENDI. MUJARAB!…

Pastinya kita banyak berjalan ke mana saja, sama ada ke tempat kerja, dalam pusat beli belah, atau pun ketika melakukan aktiviti riadah, yang mana sedikit sebanyak memerlukan kaki lebih sihat dan kuat.

Usia juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi akan kesihatan tubuh badan, tapi, ada juga yang sudah jatuh sakit di usia muda dan masih kekal sihat walaupun sudah berumur.

Bagi mereka yang sering kali berhadapan dengan masalah sakit lutut, mungkin boleh cuba air minuman dari perkongsian Habibah Badar Bajrai ini.

RESEPI LUTUT POWER

Rupanya ramai sangat yang ada sakit lutut. Dah tak kira umur lagi dah. Ni kak Bib share RESEPI LUTUT POWER yang memang khas untuk sesiapa yang ada masalah lutut.

Resepi ni memang berkesan tau. Tukang ubat yang ajar Kak Bib bagi tau, ni resepi orang lama yang memang popular. Sapa yang dah tau takpe. Yang lom tau, boleh cuba ok!

RESEPI LUTUT POWER

2 biji Apple hijau potong dadu
4-5 batang serai di ketuk (Kalau besar guna 3 cukup)
1 batang Kayu Manis Ceylon patah patah kan (kalau yang gemok, guna 1/2)
5 gelas air

CARA

Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air. Minum time suam, 2 kali sehari. Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu.

Apple tu boleh kunyah jek. Sapa rajin, nak blend pun boleh. Tapi serai ngan Kayu Manis Ceylon tu sila letak tepi ok. Tak payah kunyah. Khasiat dia dah keluar.

Kenapa air ni power?

Apple, serai dan Kayu Manis memang anti inflammation. Tiga-tiga bahan ni power dan terbukti berkesan untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berkesan bila minum air ni.

Kulit Apple nak kena buang ke tak?

Tak payah. Cuci bersih dan rebus skali ngan kulit. Kulit Apple ada 5 kali ganda antioxidant. Rugi ler kalau buang khenn!

Pesakit yang ada masalah darah rendah tak boleh minum air ni. Nanti darah jadi terlalu rendah lak
Silakan share biar ramai yang dapat munafaat ya.

Sumber: Siakapkeli

120total visits,1visits today