Beli Rumah & Kereta Idaman, Lelaki Ini Kongsi Tip Miliki Aset Bagi Golongan Berniaga

Menjadi lumrah, setiap insan mempunyai impian untuk miliki rumah dan kereta impian. Namun, tak semua yang mampu mencapainya terutama bagi golongan muda yang berniaga.

Tak dinafikan apabila kita berstatus seorang perniagaan dan tidak memiliki gaji bulanan yang tetap agak sukar untuk permohonan pinjaman diluluskan melainkan memiliki akaun yang menyakinkan pihak bank.

Bagi pemilik Facebook Yt Farhan yang berjaya memiliki rumah dan kereta idaman dalam usia 24 tahun boleh dianggap sebagai satu pencapaian.

Tips Beli Rumah di Usia Muda

Ini tips beli rumah yang saya boleh share & tips ni amat berguna buat anda yang bisnes. Sebab tips ni lah yang saya gunakan untuk beli rumah dulu kemudian beli kereta idaman.

Jangan beli kereta dulu lepas tu plan beli rumah nanti loan anda susah nak lulus, sebab loan kereta 9 tahun sahaja, loan rumah pulak boleh ikat sampai 30 tahun keatas ikut umur kita, walawpon kita beli rumah RM200k @ 300k bulanan tetap boleh sebab ikat lama tak macam beli kereta.

Untuk yang kerja dengan majikan lebih mudah kalau ikut tips ni sebab ada beberapa documen anda yang majikan dah siapkan. Usia pon main peranan kalau muda sangat bank susah nak bagi lulus sekurang-kurangnye 18 tahun sebab adik saya backup penjamin saya die umur 19 kot tahun ni, saya pulak 24. Kalau tua sangat pon bank bagi lulus takat berapa % je loan.

So pada usia muda ni amik peluang untuk beli rumah. Kita buat lain dari yang lain, mcm kawan-kawan beli kereta dulu, kita beli la rumah dulu, naik kereta lama pon takpe, janji nama takde hutang kat kereta. Ini pengalaman saya beli rumah yang saya nak share :
.
1. Pilih / kaji / aim kawasan perumahan yang anda nak beli dari segi geografi@ekonomi ikut tujuan anda.

2. Cari pemaju & buat bayaran booking fee, jumlah bayaran booking pemaju yang tetapkan dalam lingkungan RM500 keatas jika loan anda tak lulus duit booking fee ni akan dikembalikan (perkara ni kena tanya dari awal). Lepas buat bayaran booking anda akan dapat 1 document iaitu SALE & PURCHASE AGREEMENT S&P & documen ni bawa ke bank yang pemaju syorkan @ bank yang anda nk buat loan.

3. Bank akan mintak :
a) SSM & ic.

b) Penyata kewangan untung / rugi untuk 2 tahun : ini bagi yang berniaga, documen ini kita akan dapat bila kita buat dengan juru audit bertauliah, segala resit beli stok & perbelanjaan bil, Si juru audit ni yang akan kira untuk kita, yang bergaji bank akan minta slip gaji untuk beberapa bulan.

b) Slip bank akaun semasa, siapa yang bisnes tak buat akaun bank semasa sangat lah rugi sebab bank nak tengok benda ni duit keluar masuk bisnes kita.

c) Lengkapkan dokumen E-Filing kena daftar online dalam laman web LHDN. Dalam dokumen E-Filing ade nombor Cukai pendapatan kita nombor cukai pendapatan kita sangat penting.

d) Slip bayar cukai pendapatan ke LHDN, dokumen ni bank pon nak 2 Tahun, sebab bank nak tengok macam mana tumbesaran bisnes kita. Dokumen ni jangan risau juru audit boleh settel kan untuk kita jugak.

e) 10% deposit daripada harga rumah yang kita nak beli.

f) Tak cukup dengan 10% deposit anda kene lebihkan duit untuk YURAN GUAMAN, YURAN PINDAH NAMA PEMILIK & DUTY SETEM, serta YURAN PENILAIAN RUMAH. Jumlah semuanya mungkin 5% dari harga rumah. So kena steandby duit lebih sikit. Kalau anda bernasib baik ada pemaju yang tanggung semua kos ini.

4. Lengkap semua dokumen di atas semoga permohonan kita lepas dari segi “scoring bank“ & clear dari CCRIS walaupon CCRIS PTPTN, kalau ade tunggakan PTPTN cepat-cepat lah clearkan kalau tak memang permohanan kita gagal.

5. Jika permohanan bank luluskan kita dah bole bayar baki deposit + duit booking masa mula-mula nak dapatkan S&P dan boleh buat segala bayaran urusan bank dan guaman.

6. Proses terakhir makan masa sikit ikut bank & pihak peguam uruskan macam mana. Bila loan kita lulus dan masuk dalam poket pemaju kita dah boleh dapat kunci rumah kita. Lepas tu boleh lah setup bekalan TNB, Air & dll.

7. Selain tu anda boleh sertakan doc simpanan ASNB, penyata KWSP, simpanan Tabung Haji atau combine segala doc dengan adikberadik/isteri/suami bagi kukuhkan permohonan anda. Deposit yang dah dibayar pon kena pastikan ditolak dari jumlah pembiayaan yang kita mohon & kire balik faedah % yg di kenekan. Supaya takde pihak ketiga yang amik kesempatan atas pembelian rumah kita (takut ade yang amik deposit tu sebagai duit poket mereka).

 

Saya nasihatkan kawan-kawan yang nak beli rumah seeloknye buat persediaan 2 tahun awal. Pastikan akaun semasa dah buat, segala resit yg berkaitan bisnes simpan dalam fail, kalau malas sangat buat penyata untung rugi cari juruaudit untuk buatkan untuk bisnes kita. Nak beli kereta pon gunakan documen yang sama.

Sebenarnye 2 tahun lepas permohonan loan Rumah saya pernah ditolak disebabkan ada beberapa dokumen yang saya takde. Saya belajar dari situ bertapa susahnya bank nak bagi kita pinjam duit walaupon gaji kita beribu-ribu tapi kalau dokumen yang bank perlukan kita tak sedia kan memang bank tak layan kita. Kalau nak beli rumah cash tak pasti macam mana.

Saya bersyukur pada usia saya 24 tahun saya dah ada rumah & kereta yang saya impikan. Beruntung sangat disaat kawan-kawan belum tahu pasal beli rumah saya dah tahu & saya harap anda semua berjaya beli rumah yang anda nak dengan perkongsian saya ni.

Sumber : ohmedia

1097total visits,1visits today