Ibu Bapa Boleh ‘Claim’ RM1,000, Jika Ada Hantar Anak Ke Taman Asuhan & Pra-Sekolah Berdaftar

Mungkin ada yang tak tahu, sebenarnya mak ayah boleh ‘claim’ pelepasan cukai sebanyak RM1,000 jika mempunyai anak berumur 6 tahun dan ke bawah yang dihantar ke taman asuhan mahupun pra-sekolah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan.

Mak ayah boleh rujuk Perenggan 44(6)(1)(r) Akta Cukai Pendapatan 1967 atau lihat saja perkara #10di bawah bagi Pelepasan Cukai Individu yang menyatakan “Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah”:

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri
Dekat Mana Nak Semak Senarai Taska / Pra-Sekolah Yang Berdaftar?
Ada beberapa cara untuk semak samada taska anak anda berdaftar atau pun tidak.

1. Laman Web Jabatan Kebajikan Masyarakat

2. Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia E-Prasekolah 
(Perlu Daftar Dulu Baru Boleh Semak)

Cari Taska / Pra-Sekolah Yang Berdaftar Sahaja
Sangat penting bagi mak ayah untuk mendaftarkan anak-anak di taska yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja. Ini adalah bagi memastikan tahap keselamatan dan tahap pendidikan taska tersebut adalah lebih terjamin.

Berikut adalah perincian lebih lanjut mengenai taska atau taman asuhan kanak-kanak.
Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308]
Tujuan penggubalan adalah untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas TASKA dan bagi perkara yang berkaitan dengannya demi menentukan kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan.
Definasi Taman Asuhan Kanak-Kanak
Di bawah Seksyen 2, Akta 308

“Taman asuhan kanak-kanak” ertinya mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun dari lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah.

Definasi Taman Asuhan Kanak-Kanak Berdaftar
“Taman asuhan kanak-kanak berdaftar” ertinya suatu taman asuhan kanak-kanak yang didaftarkan di bawah seksyen 7.

Di bawah Seksyen 6 (1) tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengambil bahagian dalam pengurusan suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan dibawah peruntukan–peruntukan Akta ini.

Di bawah Seksyen 6 (2) Akta 308 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan
Kategori Taska
Seksyen 5 Akta 308 memperuntukkan 4 kategori TASKA seperti berikut :
1.TASKA Di Institusi
Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan.Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
2.TASKA Di Tempat Kerja
Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaanDitubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja
3.TASKA Komuniti
Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan.Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar
4. TASKA Di Rumah
Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan.Dijalankan di kediaman sendiri
Simpan Resit Dan Boleh Claim Dengan LHDN

Namun perlu ingat, walaupun bayar yuran taska anak sampai RM10,000 setahun, tapi dapat RM1,000 saja pelepasan cukai. Sebab itu pihak LHDN tulis RM1,000 (TERHAD). Semasa isi e-filing nanti isilah RM1,000 di ruang yang disediakan. Jimat juga jumlah cukai yang perlu dibayar. Silap haribulan bila masukkan pelepasan ini terus tak layak bayar cukai.

Nota : Pastikan simpan resit daripada taska tadi. Pastikan resit tersebut disimpan elok-elok selama 7 tahun. Anak anda pun dah masuk sekolah menengah selepas tujuh tahun kelak.

Semoga bermanfaat! Kongsikan pada mak ayah yang lain juga.

Sumber: majalah labur
Kredit Foto: Kemas

1883total visits,3visits today