Lelaki Ini Kongsi Mengapa Kolej Profesional MARA (KPM) Merupakan Antara Opsyen Terbaik Lepasan SPM

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 telah pun diumumkan baru-baru ini. Tidak lama lagi ramailah calon-calon ini akan mula mencari dan membawa haluan masing-masing untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Tidak dinafikan nama-nama universiti awam tersohor tempatan pastinya menjadi rebutan setiap calon. Namun dengan persaingan yang sangat hebat dengan puluhan ribu calon yang memohon, tempatnya pasti sangat terhad.

Disebabkan itulah jika kamu sebagai lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran perlu mencari dan melihat opsyen yang ada ditawarkan.

Antara opsyen yang baik untuk kamu sebagai lepasan SPM ialah Koleh Profesional MARA (KPM) yang merupakan salah sebuah intitusi MARA yang sangat bagus.

Seorang pemuda dikenali dengan nama Qayyum Aliff melakukan perkongsian menarik menerusi thread Twitter tentang kelebihan KPM di akaun Twitter-nya, @qayyumaliff_.

Jom kita ikuti perkongsian menarik dari saudara Qayyum yang pastinya dapat memberikan manfaat yang sangat berguna khususnya buat lepasan SPM!

Pada permulaan perkongsiannya, Qayyum menyatakan bahawa terdapat enam buah kampus KPM di seluruh negara di negeri Pahang, Perak, Melaka, Johor dan Selangor. KPM menawarkan sebanyak 10 jurusan berbeza seperti Diploma in Accounting, Diploma in Business Studies, Diploma in Computer Science dan banyak lagi. Syarat kelayakan megikut jurusan yang lain boleh di semak di SINI.

*syarat kelayakan boleh kamu semak di sini 

Tahukah kamu bahawa KPM merupakan salah satu intitusi MARA yang yuran pengajiannya ditanggung oleh kerajaan. Menurut Qayyum, yuran pendaftaraannya pun tidak sampai RM200! Antara syarat kelayakan (bergantung jurusan dipilih) ialah 3 kredit dalam subjek sama ada Bahasa Melayu, Matematik dan satu subjek lain dengan keutamaan diberikan kepada calon kredit Bahasa Inggeris.

Selain itu, pelajar KPM juga menerima elaun bulanan sebanyak RM300 daripada MARA. Jadi tidak perlu meminjam PTPTN!

 

Pensyarah dan tenaga pengajar di KPM juga mempunyai pengalaman luas dan mesra dengan pelajar.

Jadi buat kamu yang berminat bolehlah memohon di laman web rasmi mereka. Pendaftaran kini telah dibuka bermula 1 Mac dan akan ditutup pada 30 Mac bagi sesi pengambilan Jun 2018.

*kamu boleh memohon di SINI

SELAMAT MENCUBA!

sumber : www.remaja.my

478total visits,2visits today