Disclaimer

Polisi Penafian dan Kerahsiaan

MARAtv.my dimiliki dan diuruskan oleh Glocal Link (M) Sdn Bhd, anak syarikat kepada Majlis Amanah Rakyat. Pemilik laman web ini MARAtv tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga, MARAtv juga tidak menyimpan maklumat yang dikumpul mengenai lawatan anda untuk digunakan selain untuk menganalisa prestasi kandungan melalui penggunaan cookies yang anda boleh nyahaktifkan pada bila-bila masa dengan mengubah tetapan pelayar internet anda. Anda bersetuju untuk membenarkan MARAtv menggunakan dan menyimpan cookies ini sekiranya anda tidak menyahaktifkan fungsi tersebut dari pelayar internet anda.

Waranti dan penggunaan Maklumat

Anda bersetuju untuk membaca dan menggunakan semua maklumat yang diperolehi dari laman web ini atas tanggungjawab anda sendiri. Risiko jika berlaku sebarang kerugian, kerosakan atau kemalangan yang berlaku semasa anda mencuba atau menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini adalah atas tanggungan anda. Pihak MARAtv sentiasa cuba menyampaikan maklumat pada tahap yang sebaiknya, namun sebarang kesilapan penulisan atau kecuaian tidak dapat dielakkan dan bukan disengajakan. Pemilik tidak bertanggungjawab untuk penerbitan semula kandungan yang terdapat di blog ini di laman sesawang lain atau media tanpa kebenaran.

Penulisan Komen

Pemilik laman web ini berhak untuk mengedit atau memadam mana-mana komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis termasuk:

  1. Komen yang disifatkan sebagai spam
  2. Komen tidak senonoh
  3. Komen mengandungi bahasa atau ayat yang boleh menyinggung sensitiviti kaum atau agama yang lain
  4. Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
  5. Komen yang berbaur perkauman
  6. Komen yang tidak ditulis dengan ejaan yang betul
  7. Komen yang tidak difahami

Hak cipta Artikel, Maklumat, Bahan di blog MARAtv

Semua hasil penulisan di laman web MARAtv ini adalah hak milik penulis kecuali dinyatakan sebaliknya. Anda perlu mendapat kebenaran daripada pemilik laman web MARAtv sekiranya anda ingin menyalin sepenuhnya artikel tersebut ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau mana-mana media cetak atau media atas talian. Rujukan atau keratan artikel dengan meletakkan kredit sumber dari MARAtv dibenarkan dengan syarat ianya tidak diubahsuai untuk mengelakkan sebarang percanggahan maklumat.

Pihak MARAtv sentiasa berusaha untuk menghormati hak milik dan hak cipta orang lain, ini termasuk bahan-bahan seperti artikel, gambar, muzik, video atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam artikel-artikel atau bahagian dalam laman ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara ini, pihak anda boleh hubungi MARAtv dengan menggunakan halaman ini.

Polisi penafian dan kerahsiaan ini ditulis dan sah pada 05 July 2015, ianya mungkin diubahsuai dari masa ke semasa mengikut kesesuaian tanpa sebarang notis. Pihak anda bertanggungjawab untuk merujuk semula halaman ini sekiranya terdapat ubahsuaian yang dibuat.